Ustaz Shahrul - KAGAT : Sabda Nabi " Ramai kalangan Umatku yang bukan berpuasa melainkan lapar & dahaga" : 5 Kelebihan Ramadhan




HOME

23.5.2015 Sabtu 5 Syaaban 1436H Surau Nurul Iman Keramat Wangsa
UZ SHAHRUL KAGAT

Ketika Rasululullah isra’  mikraj, Allah telah memberi pesan,

1. Wahai Muhamad jgn kamu cnta dunia krana aku tidak ciptakan dunia ni untuk kau

Muhmmad ceritakan kpd fatimah, hduplah kamu tetapi kamu akan menemui tuhanmu. Berkasih syanglah kamu., tapi org yg kamu syg akn menemui Tuhan.

Allah berpesan semasa israk mikraj, siapa yang solat dia mendirikan agama. Siapa yg tidak solat mereka itu meruntuhkan agama.

Kata Rasulullah s a w , siapa yg solat fardhu isyak secara berjemaah  seolah-olah dia telah membangunkan separuh dari solat malam. Siapa yang solat subuh berjemaah seolah-olah telah mengerjakan seluruh ibadat malam qiamulail.

Org munafik tidak suka mengerjakan solat subuh dan isyak secara berjemaah. Mereka suka solat bersendirian...
Kalau tidak  solat di surau , solatlah ber jemaah di rumah besama anak isteri. Suami pula perlu banyak menghafal surah-surah.  Kalau suami.asyik baca qulhuallah dan qul a u zubirobbinnaas....suruhlah dia  ke surau.

Di surau, bacalah surah yg panjang kecuali waktu magrib kerana waktu magrib  singkat.

Pada subuh hari Jumaat nabi baca surah assajadah. Nabi juga baca surah al kahfi.
Selain tu nabi baca surah insan.

Pekara yg merisaukan kita ialah apabila minta ampun Allah tak ampunkan. Bila nabi tidak mengaku kita umatnya.

Kisah nabi Sulaiman pernah minta dgn Allah untuk ambik alih tugas Allah. Allah kata kau.berilah makan ikan di laut  dahulu. Bila nabi sulaiman nak bagi mkn seekor ikan besar,  ikan itu makan semua makanan. Akhirnya Nabi Sulaiman mengaku kalah (Surender).

Pada zaman firaun.. rujuk kisah masitah -,sikat-bala,,,,,,,,

Kata Rasulullah  klau tidak kerana binatang dan tumbuhan, Allah tidak turunkan hujan..

Masa israk mikraj, nabi tengok neraka.. ramai org  kaya dan ramai wanita di  dlm neraka. Perempuan tidak solat. Tak taat suami, dan banyak bercakap.  Wanita, kalau hdup dgn ayah,  taatlah  dengan ayah. Kalau hidup dgn suami taatlah dengan suami. Jgn berhias kecuali hanya di depn suami.

Ahli syurga terdapat sdikit syuhada dan dermawan
Waktu barakah bersedekah ialah selepas subuh sampai mrnghla ke zohor...
Yang paling afdal sedkah ialah  dialirkan nafkah untuk anak isteri, kemudian ibu ayah....barulah kaum kerabat, adik beradik, kemudian jiran, kwn2  dan org lain....

Pahala sedakah adalah pahala paling byak.
Bila org bersddaah nak mati dia dah nampak gambaran pahala dan dia minta Allah beri tangguh kematian untuk dia besedekah dan beramal sebanyak mungkin lagi.
---- Keutamaan memaafkan-----

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”
(HR Baihaqi)

Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)

Dari Atta bin Abdullah Khurasani r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah saw bersabda: “Berjabat tanganlah di antara kamu kerana ia akan menghapuskan kebencian, dan berilah hadiah antara satu sama lain kerana ia akan menimbulkan kasih sayang dan menjauhi permusuhan.” (HR Muwatta Imam Malik)


HOME


Ayat 13 Surah Al Qiyamah - Hakikat kejadian manusia dengan sebelum kejadian.  Sahabat minta Rasulullah ajar satu perkara yang boleh mendekatkan diri dengan Allah, yang boleh menghampirkan diri dengan syurga dan menjauhkan diri daripada neraka. Jawab Nabi " Sekiranya kamu melakukan satu kebaikan maka kamu akan dapat sepuluh (10) kali pahala. Iman terbahagi 60 cabang dan yang paling tinggi adalah Lailahaillallah dan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang menghalang perjalanan. Mana-mana umat yang menyebut kalimah ini layak mendapat Syafaatku"

Amalan kita belum melayakkan kita dapat masuk syurga tanpa hisab jika tiada mendapat syafaat nabi. Kata nabi ' Siapa yang diakhir kalamnya dapat menyebut kalimah tauhid maka dapatlah ia masuk syurga.

3. Boleh melepaskan diri dari neraka. 4. Memberatkan amalan baik. 5. Kalimah ini adalah anak kunci syurga. Nabi berkata nanti akan ditanya umur kita ke mana dihabiskan. Kemudian ditanya tentang nikmat kesihatan. Kemudian ditanya harta kita ke mana dihabiskan. Harta yang habis ke anak isteri Allah tidak akan tanya. Harta yang tinggal selebihnya itu Allah akan tanya. Kemudian Allah akan tanya ilmu kita ke mana kita amalkan.Ilmu itu fardhu kifayah tetapi selalu kita tinggalkan fardhu kifayah. Di Kuala Lumpur pendapatan RM1,500 adalah kategori orang susah dan layak terima zakat.

HOME

Ahad, 27 Julai 2013, Kuliah Subuh 18 Ramadhan 1434 H, Surau Nurul Iman - Ustaz Shahrul - KAGAT.
Firman Allah dalam Al Quran kadang-kadang ada menyebut "wahai manusia".  Tetapi  selalu Tuhan menyebut "wahai orang-orang beriman". Maknanya hanya untuk orang-orang beriman.

Sabda Rasulullah s a w " Betapa ramai di kalangan umatku yang mereka itu bukanlah berpuasa melainkan hanya dapat lapar dan dahaga"

Mengapa? Mereka berpuasa tetapi meninggalkan solat. Mereka berpuasa tetapi tidak tutup aurat, tidak menutup penglihatan, tidak menutup pendengaran dan percakapan mereka hingga melakukan dosa-dosa. Mereka membuat majlis berbuka puasa di hotel atau sebagainya tanpa solat.  Kalau makan secara bufe dengan bayaran RM80 atau RM60 bagi dewasa dan murah sedikit bagi kanak2 dan warga tua kerana tidak banyak makan. Mereka berbuka puasa bermula dari Azan Maghrib sampai ke pukul 9 malam.

Amatlah rugi mereka yang meninggalkan amalan fardu,  amalan-amalan sunat dan solat sunat terutama terawikh yang hanya ada di bulan Ramadhan.
Rajin-rajinlah berdo'a di bulan Ramadhan kerana berdo'a di bulan lain kita dapat sedikit tetapi jika berdo'a di bulan Ramadhan kita dapat banyak.
Ramai juga yang meninggalkan majlis-majlis ilmu kononnya hendak kejar terawikh semata-mata.
 
(1) Kelebihan Ramadhan yang pertama:
Sabda Rasulullah s a w  " barangsiapa hadir di majlis ilmu di bulan Ramadhan, setiap  satu langkahknya akan dapat pahala seperti setahun dan dia akan masuk ke syurga Allah bersamaku". (Kalau pada bulan biasa setiap langkah lebih baik dari hadir dan menguruskan  1000 jenazah).
Kemudian rajin-rajinlah membaca AlQur'an. Rasulullah s a w , apabila dibacakan atau ,membaca Al Qur'an dia akan menangis ketakutan walaupun dia seorang Rasul yang maksum dari dosa. Kita kena buat jadual untuk beribadat lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan untuk kebajikan kita di akhirat.

(2) Kelebihan Ramadhan yang kedua:
Sabda Rasulullaha s a w " Barangsiapa yang melazimi melakukan solat secara berjamaah di bulan Ramadhan, maka setiap rakaat akan di bina satu Kota di Syurga yang dipenuhi dengan nikmat".
"Seorang lelaki yang bersolat jamaah di surau atau masjid tidak akan sama dengan  40 solatnya secara bersendirian di rumah". "Walaupun dia terlewat solat isyak, dia masih boleh bermakmumkan Imam yang sedang solat terawikh demi untuk mendapat pahala berjamaah". Solat berjamaah adalah fardu kifayah. Apabila kita melakukan fardhu ain dan fardhu kifayah secara serentak begitulah pahalanya.
(Ada hadis mengatakan setiap pahala amalan ibadat suami, maka  isterinya pun akan mendapat pahala yang sama walaupun dia tidak melakukannya dan duduk di rumah). (Oleh itu wanita tidak diberatkan untuk beribadat di masjid atau surau dan tidak pula dilarang) (bagi wanita muda harus ditemani oleh wanita jauh lebih tua darinya seperti ibu atau makcik jiran apabila hendak beribadat ke Surau/masjid)

(3) Kelebihan Ramadhan yang ketiga:
Sabda Rasulullah s a w " Barangsiapa yang melakukan kebajikan dan kebaikan kepada kedua ibu bapa di bulan Ramadhan, Allah akan pandang dia dengan pandangan Rahmat dan memudahkan dia untuk berbuat ibadat, dan aku jamin orang ini layak masuk syurga Allah... Setiap sekali  suap kepada ibu bapa Allah akan sediakan kita sebuah syurga di akhirat."
Kita selalu kecundang dengan nafsu, tamak, ego mainan syaitan hingga begitu mudah berlaku perselisihan sampai merajuk dengan adik beradik dan mak bapak hingga hilang pahala kita.Walaupun mak bapak tidak minta kita duit kita kena bagi juga. Kalau seorang mak ada 6 orang anak, setiap seorang memberi RM200 ibu sudah dapat RM1200. Walaupun dia tidak guna, dia akan simpan. Nanti dia akan keluarkan duit itu untuk belanja kahwin kita atau anak-anak kita.

(4) Kelebihan Ramadhan yang keempat:
Sabda Rasulullah " dan tiada di kalangan isteri yang mencari keredhaan suami dalam bulan Ramadhan melainkan baginya dia layak memakai pakaian/baju yang dipakai oleh Maryam dan Aisyah di Syurga. Anda kena tahu siapa Maryam dan peristiwa Maryam, (Ibu yang melahirkan Isa yang pandai berkata2 diusia 3 hari). Anda juga perlu tahu siapa Aisyah.
Contohnya carilah resepi istimewa untuk suami di bulan Ramadhan terutama suami yang telah berumur bukan boleh makan banyak jenis  sangat melainkan seteguk air dan 3 biji Kurma. Amat mudah bagi wanita untuk mencari syurga. Aisyah amat bimbang kalau masakannya untuk Rasulullah tidak sedap manakala Rasulullah tidak pernah merungut(komplen) jika masakan tidak sedap. Pernah Rasulullah berkerut muka setelah merasakan masakan Aisyah. Apabila ditanya oleh Aisyah jawab Rasulullah "makanan ini sedap". Perlu dicontohi oleh suami.  Oleh itu kepada wanita yang inginkan syurga, jangan sakiti hati suami.

(5) Kelebihan Ramadhan yang kelima:
 Sabda Rasulullah s a w "Dan sesiapa yang menunaikan hak sesama muslim di bulan Ramadhan Allah akan gantikan dia dengan memenuhi 1000 hajatnya.
Maka janganlah kita terlepas semua kelebihan-kelebihan di atas ataupun jangan sampai tidak dapat satupun langsung dari 5 perkara di atas di bulan Ramadhan.
Jangan tinggal solat fardhu. Jika kita tinggal solat fardhu, maka semua amalan-amalan baik kita Allah tidak akan terima. Ia tergantung di tengah-tengah. Buang tidak terima pun tidak sehinggalah orang tersebut solat. Seelok-eloknya Qada'lah  mana-mana solat fardhu yang tertinggal.

Seorang pemuda telah berjumpa Rasulullah s a w dengan menangis kerana bapanya mati tiada sesiapa yang menguruskan mayatnya. Rasulullah s a w meminta Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar untuk menyiasat bapa pemuda tersebut. apabila dilihat, wajah jenazah bapa pemuda tersebut berubah menjadi babi hutan. Nabi pun berdo'a dan wajah bapa pemuda pulih seperti sediakala. Tiba-tiba semasa hendak menanam mayat ia berubah menjadi babi hutan kembali. Rasulullah s a w bertanya kepada pemuda tersebut " Apakah amalan ayah kamu selama ini?" Kata pemuda itu ayahnya tidak pernah menunaikan solat.
Dalam kisah yang lain, terdapat jenazah yang bergerak-gerak di dalam kain kafan ketika hendak melakukan solat jenazah terhadapnya. Rupa-rupanya terdapat seekor ular sedang menggigitnya. apabila orang ramai hendak memukul ular tersebut dengan tongkat Khutbah, maka ular tersebut mengucap dua kalimah syahadah dan berkata, "Kenapa kamu hendak memukul aku sedangkan aku menjalankan perintah Allah untuk menyiksa mayat ini kerana meninggalkan solat"

Oleh itu tuan-tuan dan puan, pada 10 malam terakhir ini ayuhlah kita berhempas pulas lebih sedikit untuk beribadah dan berjaga malam. Mudah-mudahan kita mendapat   Malam Lailatul Qadar, satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan beribadat bersamaan 84 tahun kita beribadat.

Nota: Mohon Maaf kepada pengunjung kerana ini adalah antara catatan pertama  terkini sempat saya terbitkan, daripada lebih 23 catatan terutama catatan di bulan ramadhan yang masih belum diterbitkan. Ini disebakan kekangan masa dan upaya. Mudah-mudahan  dapat dimudahkan untuk perkongsian dan manfaat saya dan tuan/puan. - penerbit.

"Walau bagaimanapun kita usaha, jika dah bukan rezeki kita kita takkan memperolehinya. Contohnya duit dikumpul bertahun-tahun tak nak tunaikan haji, sedekah dan sebagainya, akhirnya habis di hospital atau kita meninggal dan wang itu mengalir ke tempat lain. Kalau dah rezeki kita kita tetap akan dapat sama-ada dari sumber yang kita sangka maupun tidak. Jagalah amalan-amalan kita bukan setakat untuk jaminan rezeki tetapi yang penting untuk mendapat Rahmat Allah dunia akhirat. Selain beramal, berzikir perbanyakkan lah selawat. Mulakan keluar rumah mencari rezeki dengan berselawat.  Hanya do'a yang dimulakan den ditutup dengan selawat sahaja yang akan diterima Allah dan termakbul doa" . - 26 Okt 2013.

- Penulis terlepas ikuti tazkirah huraian ayat AlQiamah ayat 13 - 15.

HOME



No comments:

Post a Comment