Tazkirah Ramadhan - Rampaian



9 JULAI 2013, MALAM 1 RAMADHAN 1434 HIJRAH - USTAZ  YASSER - SURAU NURUL IMAN AU3


Bulan Ramadhan adalah satu bulan di mana Allah beri bonus yang luar biasa berbanding bulan-bulan yang lain dalam setahun. 

Pertamanya, inilah bulan di mana  turunnya Al Qur'an ketika Rasulullah s a w berusia 40 tahun. 

Keduanya, Di dalam bulan Ramadhan puasa diwajibkan kepada manusia. Bulan di mana diajak diri jasad dan roh dari melakukan perkara yang dilarang.  "Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana umat-umat terdahulu" - Firman Allah.

Ketiganya, hadis nabi, " bilamana datang Ramadhan, pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup." Ertinya pahala dicurahkan sebanyak-banyaknya kepada kita dan syaitan terbatas godaannya kepada manusia.. Bila seseorang itu beriman syaitan sukar untuk mengganggu manusia yang berpuasa. Bilamana manusia membangunkan Ramadhan bersama iman akan diampun dosa-dosanya yang terdahulu. 

Berpuasa di bulan Ramadhan sama dengan berpuasa 10 bulan. Selepas Ramadhan di bulan Syawal ada puasa 6 hari, jika dikerjakan seolah-olah kita berpuasa 360 hari.

Keempatnya, pada bulan Ramadhan terdapat malam Lailatul Qadar yang tidak ada pada bulan lain, iaitu kita mendapat kelebihan 83 tahun umur beribadat jika kita melakukan ibadat pada malam itu. Sebahagian besar ulama mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar jatuh pada malam antara malam  ke 20 ke malam akhir Ramadhan. Jika kita tekun melakukan ibadat mulai dari malam pertama sehingga malam akhir maka sahlah kita akan mendapat malam Lailatul Qadar tersebut. 

Lihatlah negara lain seperti Mesir, ketika sedang solat ditembak dengan peluru hidup. Di Rohingya, di Filipina dan di Palestin serta lain-lain negara Islam juga mengalami nasib yang serupa. Dalam sejarah Islam, peperangan Badar pun berlaku di dalam bulan Ramadhan juga.

Kesimpuannya apa yang ada pada bulan Ramadhan cukup istimewa. Ada Al Qur'an. Maka berebut-rebutlah membaca Al Qur'an. Laksanakanlah solat Terawih lapan (8) rakaat. Selepas tazkirah nanti balik sambunglah di rumah. Jangan jadikan rumah itu sarang neraka.



10 JULAI 2013, MALAM 2 RAMADHAN 1434 HIJRAH - USTAZ  YUSSOF JOHAN - SURAU NURUL IMAN AU3

Setiap amalan anak Adam pahala amalannya pada bulan Ramadhan adalah diantara 10 hingga 700 kali ganda. Di dalam Al Qur'an Allah menyeru kepada manusia untuk berpuasa. 

Kepada manusia yang beriman diwajibkan berpuasa ke atas mereka walaupun ketika peperangan dan huru hara dalam negara seperti di palestin. Mereka terus berpuasa walaupun dibom ketika sahur dan berbuka.

Orang-orang Yahudi berpuasa juga kerana mereka mengikut ajaran Nabi Salleh namun hanya mengikut sebahagian dari ajarannya sahaja. mereka terima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain. Di dalam peristiwa tenggelamnya Firaun, Nabi Musa bersyukur dengan berpuasa. Orang-orang yahudi juga berpuasa kerana kekalahan Firaun pada tarikh tersebut. Di dalam ajaran agama budha dan hindu juga ada suruhan untuk berpuasa walaupun lain kaedahnya.Berpuasa di dalam agama Islam tidak sama seperti berpuasa di dalam agama yang lain. 

HOME


Malam ke 3. Uz Syukri Harun.

Solat Terawikh dimulai dengan dua (2) rakaat dan gandaan 2 rakaat. Tiada Solat terawikh 3 rakaat. Jika berlaku maka makmum hendaklah niat mufarrakah iaitu berpisah dari imam atau tambah satu rakaat selepas imam memberi salam untuk jadikan 4 rakaat. Jika tidak maka solat tidak sah.

Pengajaran dari satu cerita:  Seorang pekerja kontrak yang berada di dalam lubang telah dipanggil oleh majikannya tetapi dia tidak mendengar panggilan majikan tersebut. Kemudian Majikan mencampakkan wang kepadanya dengan harapan dia akan menoleh ke atas. Malangknya dia terus mengutip duit tersebut tanpa memandang ke atas. Akhirnya majikan melontar batu kepadanya. Pekerja kontrak itu terkejut lalu memandang ke atas. Baru dia faham tujuan duit yang dicampakkan tadi adalah untuk memberinya peringatan. Begitulah manusia jika diberi nikmat selalu lupa dengan kebesaran Allah. Setelah sudah ditimpa kesusahan barulah ia akan teringat Allah.

Kelaparan  dan dahaga semasa berpuasa akan menyebabkan kita ingat nikmat kenyang yang Allah kurniakan kepada kita. Apabila kita bertakwa kepada Allah maka Allah akan menambah nikmat kepada kita.

Seorang Nabi Allah telah bermimpi mendapat arahan "Wahai nabi pergilah kamu ke selatan. Apabila  kamu jumpa jumpa bukit makan. Apa kebaikan yang kamu lihat sembunyikan. Apa yang datang kamu terima. Jangan hampakan. Kalau kamu nampak bangkai berulat maka maka pergilah  jauh-jauh. Tafsir kepada bukit di dalam mimpi tersebut adalah kemarahan. Kalau kita makan atau telah kemarahan itu ia akan hilang dengan sendirinya. Jasa baik atau sebarang kebaikan yang kita lakukan itu tidak perlu cerita kat orang. Nanti orang tetap akan tahu juga. Kemudian, amanah walaupun kecil hendaklah kita terima dan pegang sebab Allah akan tanya nanti. anak-anak isteri dan jawatan segalanya adalah amanah Allah. Mintalah keampuna ke atas kesilapan.Kebiasaanya semasa kita baru pertama kali memiliki anak (anak pertama) kita banyak melakukan kesilapan di dalam membimbing anak. Kita akan dapat lihat hasil kesilapan kita kepada anak yang sulong. Harapan orang jangan sekali-kali dihampakan. angan sekali-kali bersikap kasar dan menengking kepada anak-anak yatim atau orang yang meminta-minta. 

Bangkai yang berulat itu maknanya adalah mengumpat. Maka larilah sejauh-jauhnya. Untuk menjadi manusia yang bertakwa peganglah perkara-perkara di atas. Tidak pernah habis makanan dilaut dan darat Allah beri kepada kita. Bersabarlah sepanjang masa terutama di bulan Ramadhan.



Sabtu 13 Julai 2013 , Malam ke 5 Ramadhan 1434 H - Uz Najhan.

Satu solat fardhu yang dikerjakan pada bulan ramadhan secara berjamaah adalah setanding dengan 30 hari solat berjamaah pada bulan-bulan lain. Solat terawikh dan witir pada satu malam secara berjamaah adalah setanding dengan pahala 1 solat fardhu. Satu solat fardhu yang dikerjakan secara berjamaah pada bulan ramadhan adalah 70 kali ganda darjatnya. Para ulama berkata bahawa bulan Ramadhan adalah satu bulan di mana kita membuat pecutan ke atas kadar ibadat kita untuk mendapat pahala dan menuju ke syurga. Seorang ulama, Sultan Mohd Fateh tidak pernah tinggal solat fardhu dan solat sunat rawatib. Beliau tidak pernah tinggal solat tahajjud sejak baligh sehinggalah berlaku peperangan. Mampukah kita menjadi seperti beliau? Jika tidak mampu maka bulan Ramadhan adalah masanya untuk kita 'cover' semua ibadat-ibadat sunat yang kita pernah tinggal.

Umat-umat nabi yang terdahulu ada yang  melakukan ibadat sehingga 1000 tahun. Mereka boleh berpuasa, bertahajjud selama itu. Rasulullah s a w berasa kagum dengan umur mereka yang panjang. Lalu Semasa Israk Mikraj Rasulullah telah memohon kepada Allah agar umatnya diberi kelebihan supaya dapat menandingi usia amalan umat-umat nabi yang terdahulu. Maka Allah memakbulkan do'a Nabi dengan mengurniakan Ramadhan dan kelebihan-kelebihan Ramadhan kepada kita umat Nabi Muhammad s a w.

Perkataan Ramadhan itu telah ada pada zaman Jahiliyah dan pernah disambut oleh mereka. Solat terawikh boleh manampung kekurangan pahala bagi solat waktu yang kita tertinggal. Nabi berkata bahawa solat -solat sunat itu adalah untuk menampung kekurangan pahala bagi solat-solat fardhu. Solat terawikh itu juga adalah  qiamullail. Maka apabila dikerjakan sebelum waktu subuh sah hukumnya. Bagi solat tahajjud pula jika kita terlelap walau sesaat boleh dikerjakan solat tahajjud.  Ini bermakna bahawa Qiamullail itu bermula  selepas solat Isyak sehingga masuk waktu subuh. Tidak semestinya dikerjakan waktu pukul 3 atau 4 pagi....

(Sebahagian nota hilang)

Hikmah kepada Ramadhan itu adalah puasa. Kedatangan Ramadhan adalah ketibaan perkara yang baik yang perlu disambut dengan keseronokan kerana di dalam berpuasa bulan Ramadhan itu terdapat balasan yang amat besar dari Allah. Orang yang mengeluh dengan ketibaan Ramadhan  adalah golongan yang tidak beriman. 

Ramadhan juga mengajak kita mengenang nasib orang lain. Ada orang terpaksa berperang untuk mendapatkan sebiji kurma tetapi kita senang sehingga disediakan bazar ramadhan sehingga terdapatnya pembaziran. Ada orang yang sedang solat subuh berjamaah ditembak mati seperti yang berlaku di timur tengah. Mereka ditembak bukan oleh orang bukan Islam akan tetapi oleh orang yang bernama Islam sendiri  iaitu islam pada nama. 

Ibadat yang kita lakukan tanpa menunjuk kepada orang adalah puasa. Ia tidak terdedah kepada riak kalau kita lakukan bersungguh-sungguh. Hanya Allah dan kita sahaja yang nampak. 

Janganlah kita menghampiri sifat munafik kerana ia lebih jahat dari kafir. Orang Munafik solat bersama-sama Rasulullah tetapi diluar solat mereka adalah orang-orang yang kuat menentang Rasulullah. Kejadian-kejadian pembunuhan orang-orang Islam yang berlaku di dunia Islam sekarang ini seperti di Palestin dan Mesir rahsianya adalah oleh orang-orang munafik di kalangan Islam itu sendiri. Mereka telah mengaku bahawa mereka memusuhi Ikhwanul Muslimin. Itulah kebenaran yang Allah tunjuk di akhir zaman ini. Sebab itulah Istael campur tangan menjatuhkan Presiden Mossi di mesir. Munafik pada akhir zaman akan memusuhi Islam.

Janganlah kamu riak kerana ia adalah syirik. Bagaimana untuk membuang perasaan itu? Jawapannya adalah dengan berpuasa. Hati manusia hanya Allah yang tahu.

Sabda Nabi s a w , takwa itu adalah di hati. Nabi bersabda bahawa berapa ramai orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga. Berpuasalah untuk mendapat ridha Allah. Di akhirat perkara yang paling utama adalah ridha Allah iaitu apabila dapat melihat wajah Allah. Syurga itu jatuh nombor dua (2) Maka tambahlah amalan-amalan kita mudah-mudahan kita memperolehi nikmatnya.

Kalau berjaya beribadat bersungguh-sungguh  di dalam bulan ramadhan maka seolah-olah kita beribadat seumur hidup.

Ada orang berubah dengan kata-kata yang lembut dan indah. Ada juga orang berubah dengan penyampaian melalui kata-kata kasar.













































No comments:

Post a Comment