Ustaz Rahim Nasir-Amalan Ibadat dan akhlak, kedua-duanya perlu seiringan. Bagaimana hendak jadi sebaik-baik Manusia


HOME

Catatan ringkas Tazkirah Subuh Surau Nurul Iman Jln 15/56 Keramat Wangsa 2.2.2015 - Uz Rahim Nasir:-

Sambung Perbahasan kitab Mestika Hadis,: Bab wajib menyampaikan ilmu agama dan kelebihannya ms 104, Hadis : dari Abu Hurairah, nabi s a w  bersabada: siapa yg ditanyakan kpdnya tentang ilmu agama lalu ia sembunyikan nescaya Allah akn kekang mulutnya dgn kekangan api neraka.-kerana mulutnya tidak mahu menyampaikan.

 Maka kita kena cari ilmu agama terlebih dahulu, baru diikuti ilmu dunia. Yg lebih myelamatkan kita ialah ilmu agama. Tanpa imu perjalanan hidup akan jadi rosak.

Contoh, bila solat tanpa ilmu maka solat tidak sempurna , di mana masih berlaku hari ini. Masih lagi  ustaz nampak timbul kekeliruan tentang status makmum. Makmum terbahagi kepada 2: makmum muafiq dan makmum masbuq. Makmum Masbuq itu maknanya tidak sempat talbiratul ihram bersama2 imam. Maka bila imam rukuk, ia wajib rukuk bersama imam walaupun tidak habis baca fatihah. Kerana pada masa itu imam yang menanggung fatihah makmum yg masbuq. Jika tidak,  dia tidak dapat rakaat dan wajib tambah rakaat selepas imam memberi salam.

Tanpa ilmu, solat jadi kelam kabut. Puasa , zakat, haji, umrah semua jadi kelam kabut.

Ilmu haji umrah itu banyak dan kena tahu semua untuk menentu sahkan ibadat. Jangan tanya kenapa kena buat itu ini. Buat saja kerana itu perintah Allah. Contoh: Semasa umrah wanita haid wajib niat ketika masuk mekah tidak  perlu tunggu mandi wajib.

"Barangsiapa nak selamat dunia mesti dengan ilmu. Barangsiapa nak selamat akhirat mesti dengan ilmu. Siapa mahu selamat dunia akhirat juga mesti dgn ilmu "- hadis.

Ilmu buat manusia berakhlak dan dpt beribadat dgn sempurna.

Sambutan maulidur rasul lebih membahas kepada memuji kemuliaan ahklak nabi.. Firman Allah:"Sesungguhnya Muhammad kamu memiliki ahklak yang cukup hebat."
 Allah tidak puji amalan nabi tapi Allah puji akhlak nabi.

Ketika nabi wafat , maka aishah (isteri nabi) ditanya oleh Abu Bakar (Ayah Aisyah), " wahai anakku, ada tak amalan dan sunah nabi yg ayah belum buat. Jwb aishah  semua ayah dah buat kecuali satu amalan ini iaitu memberi  makan org yahudi yg buta di pasar. Maka Abu Bakar pun pergi ke pasar dan suap org buta tersebut  smbil org buta  mengata nabi Muhammad. Selama ini ia disuap nabi sambil mengata2 nabi sebagai  penipu, penyebar ajarat sesat dan sebagainya  tetapi nabi tidak melawan kerana akhlak nabi yang tinggi. Maka nabi tetap menyuap makanan ke mulut yahudi buta itu.

Bila kini abu Bakar menyuap dan sampai sahaja suapan pertama maka org buta kata, " ini bukan org yg biasa suap". Tanya Abu Bakar "mcm mana kamu tau?." Kata orang buta, "org yg biasa menyuap, aku senang untuk menelan". Kata Abu Bakar "org yang menyuap itu telah tiada dan orang  itulah yg kamu kata dan  itu adalah Muhammad yang kamu hina. Akhirnya yahudi buta itu masuk islam setelah Rasulullah wafat, hanya dgn akhlak Rasulullah. Maka jagalah akhlak kita.

Kata nabi antara perkara yang membantu timbangan amal manusia ialah akhlak.

Kita kena jaga hubungan dengan Allah 24jam . Dia memerhatikan kita. Kita kena ada keyakinan dan sangka baik 100% kpd Allah.

Ada seorang hamba nama Pak tam soup selalu pergi umrah dgn ustaz. Tapi kali ini tak besama. Bila ustaz jumpa seorang anak pak Tam lalu dia memerhatikan ustaz. Uz memerhatikannya dengan heran dan confius kerana dulu gemuk skrg dah kurus sgt. Bila ustaz tanya kenapa jadi macam ni, dia kata dia minta doa depan kaabah untuk kurus yg sihat.  Uz lupa doa minta kurus maka uz tak kurus. Uz minta doa  lain.

Pengajarannya ialah kita kena yakin dan pecaya dgn janji Allah. Bila berlaku apa pun perkara kita tetap yakin dgn Allah.

Akhir zaman ini keyakinan kita kepada Allah kena lebih. Sejauh mana keyakinan kita kepada Allah bukan mengambil masa singkat tapi betahun-tahun lama. Kena konsisten.

Ustaz  ke umrah dengan family yang ada 6 org anak.  maknya sakit atas kerusi roda. 4 org anak besungguh-sungguh  jaga ibunya sejak dari Malaysia sampai selesai haji tanpa sepatah merungut. Dari Doha ke KLIA mengambil masa k 7 jam. Semasa pulang ke Malaysia, ayahnya tanya pada uz, macam mana 4 org anknya tadi boleh terlepas ke biz class . Kata uz senang, Allah yg pilihkan tempat duduk.  Maka Allah bayar cash sebab mereka taat ibu bapa.(siapa yang biasa naik biz class Qatar - Saudi memang tahu ianya istimewa dan hebat.)


Berbaktilah kpd ibu bapa sementara mereka masih hidup. Kalau mereka sudah tidak ada, baca al qur'an , sedekah pahala untuk mak ayah. Jangan sombong kerana kejayaan kita adalah berkat doa ibu bapa. Kita tak pernah dengar apa mereka doa.
Mak ayah tak ingat perkara yang dekat2.  Tapi perkara yg lama-lama kisah perang Jepun dan kisah kita kecil dia ingat dan boleh cerita.

‘Balas lah jasa ibu walaupun  kita tahu ia tetap takkan terbalas walaupun kita dah dukung dia pergi dan sempurnakan haji’ -hadis.



HOME

Wajib Menyampaikan Ilmu. Batal Aqidah mempersoal hukum Allah.

Kuliah subuh 13 Rejab 1435 H, 13.5.2014 Selasa , Surau Nurul Iman. Ustaz Rahim Nasir (Pendakwah bebas). Kitab Mestika Hadis jilid 1, muka surat 100 bab 8.

Bab wajibnya  menyampaikan Ilmu agama serta kelebihan-kelebihannya.

Bersyukurlah kepada Allah kerana kita termasuk di dalam orang-orang yang rajin solat berjamaah, tazkirah,  rajin ke masjid/surau, rajin bersedekah, rajin menuntut ilmu-ilmu agama membaca alqur'an dan mengamalkan ibadat lain.

Sabda Rasulullah s a w 'sampaikanlah walaupun sepotong ayat'."Sampaikanlah ilmu kepada orang-orang yang tidak hadir kerana mungikin orang yang tidak hadir itu lebih hafaz dari orang yang menyampaikan".  Gunakanlah apa sahaja cara yang ada termasuklah melalui internet, mesej-mesej dan sebagainya selain dari secara lisan melalui ceramah atau kelas-kelas agama dan bahan-bahan bercetak.

Kini telah masuk bulan Rejab. Setengah-setengah orang mula ghairah untuk berpuasa di bulan rejab. Ketahuilah bahawa hampir tidak ada hadis sahih tentang amalan berpuasa di bulan Rejab. Kebanyakannya hadis mauduk iaitu hadis palsu. Rasulullah s a w mengesyorkan umatnya berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis dan hari-hari putih (bulan terang) iaitu pada setiap 13, 14  dan 15 haribulan Hijrah. Puasa terbaik ialah cara nabi Daud iaitu puasa selang sehari berterusan. Hari ini puasa hari esok tidak lusa puasa dan begitulah seterusnya.

Anas bin Malik, seorang sahabat nabi dan juga pembantu (pembantu rumah) nabi selama 10 tahun berkata "Selama 10 tahun aku bekerja dengan Rasulullah s a w  baginda tidak pernah marah kepada aku dan tidak pernah bertanya  kenapa tidak buat itu kenapa tidak buat ini bahkan ia hanya mengangguk dan mengiayakan sahaja. Dan aku pernah mendengar Rasulullah berdo'a di bulan Rejab "Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan permudahkan lah kami beramal ibadat di bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan'

Krisis terbesar yang melanda umat Islam sekarang ialah krisis keyakinan kepada Allah dan krisis keyakinan kepada Islam. Iman itu adalah keyakinan kepada Islam. Kalau tidak keyakinan (percaya 100%) maka batal Islamnya.
Kalau di dalam ilmu Fekah Yakin itu maknanya percaya 100%. Dzhan itu percaya 70%,  Syak 50% dan waham 25%. Untuk menentukan arah kiblat cukup sekedar dzhan. Kalau yakin lebih baik. Kalau 3 orang naik bot dan setiap seorang percaya 70% (Dzhan) kiblat masing-masing tapi arah ketiga-tiganya berlainan. Maka ketiga-tiganya sah solat mereka.

Menentukan masuk waktu solat tidak boleh ada dzhan, syak mahupun waham tetapi kena yakin. Kena tengok matahari, kena dengar azan kena tengok jam dan jadual yang ditetapkan oleh Jabatan falak Agama. Kalau setakat ukur waktu zohor bila nampak  budak balik sekolah tidak cukup kerana mungkin budak balik pukul 10 sebab sekolah terbakar atau sebagainya. Tidak boleh tentukan waktu asar bila bai jual roti lalu. Bai nak lalu ikut suka hati dia tak mestinya waktu asar.

Begitulah juga dengan Allah kena yakin tidak boleh ada Dzhan adan agak-agak dan tidak boleh ada pertikaian dan kajian-kajian. Menentukan hukum Allah kena tulus yakin tidak boleh berbelah bahagi.

Brunei tidak heran kalau orang pulau mereka, orang boikot mereka sebab laksana hukum hudud. Mereka ada enam (6) telaga minyak yang belum diusik. 6 telaga minyak itu boleh membekalkan minyak kepada negara Brunei selama 300 tahun.

Nabi Yunus apabila dicampak oleh adik-beradiknya sendiri ke dalam lautan kemudian ditelan oleh ikan Nun (paus) selama 40 hari, beliau berzikir berterusan selama 40 hari dengan keyakinan yang penuh kepada Allah. Zikirnya ialah 'Laillaha illa anta subhanaka inni kuntu minazolimin". Selepas 40 hari ikan nun memuntahkan nabi Yunus dari mulutnya.  Itulah kekuatan Keyakinan dan zikir.

Nabi Musa dikejar oleh tentera Fir'aun dan terperangkap di depannya lautan, baginda dengan keyakinan memukul tongkatnya ke laut lalu laut terbelah menjadi lebuh raya. Tok Kenali dengan membaca bismillah dengan keyakinan boleh berjalan di atas air sungai menyeberangi sungai golok. Hendak membina keyakinan bukan mudah. Kita perlu mengambil masa dengan berterusan mengaji ilmu agama walau bertahun-tahun, walau 10 tahun mengaji. Adakah kita telah rasa Allah dekat dengan kita? Kalau Allah sudah isytihar Dia telah dekat dengan kita tetapi kita tidak boleh rasa Allah itu dekat,  itu yang payah.

Akal kita boleh berfikir hal-hal dunia tetapi tidak akan mampu berfikir hal-hal akhirat. Hukum-hukum akhirat datang melalui wahyu dan mesti yakin sama-ada masuk akal atau tidak kerana akal kita terlalu pendek jangkauannya.

Kalau kita fikir-fikirkan semua amalan-amalan haji dan umrah itu semua tidak masuk akal tetapi kita wajib percaya dan ikut rukun-rukunnya kerana itu adalah wahyu. Semalam di dalam siaran Bernama ada seorang penonton India bernama Suresh berkata 'saya sokong hudud so much sebab situasi di Malaysia sudah teruk sekarang". Ini menandakan beliau telah faham hukum hudud. Kalau kita telah faham dan telah biasa dengan sesuatu ilmu kita akan rasa mudah. Hukum Hudud adalah hukum Allah. Kalau Allah dah tetapkan hukum tetapi seseorang itu ingkar sebab dia jahil maka dia berdosa besar tetapi tidak batal aqidahnya. Akan tetapi kalau dia faham perlaksanaan hukum Allah itu dan tahu itu  wajib tetapi berterusan ingkar maka hukumnya adalah murtad. Sia-sialah beramal selama ini kerana Allah akan batalkan amalannya dan pahala amalannya nauzubillahi mindzalik. Kosong amalannya. Kalau dia tahu dan faham sesuatu hukum itu wajib tapi dia mempersoalkannya maka murtad hukumnya. Kalau tidak mahu laksanakan paling-paling jahat pun hendaklah diam. Kalau buka mulut dan mempersoal dan menjawab batal aqidah.

Ada seorang jemaah bertanya kepada uztaz, 'kenapa semasa Adam dan Hawa memakan buah khuldi Allah tidak larang?'...Itu adalah perencanaan, aturan dan rancangan serta suratan takdir Allah yang diluar fikiran kita dan bukan tahap manusia untuk fikir. Itu semua milik Allah, Semua isi langit dan bumi termasuk kita   semua milik Allah. suka hati Allah lah nak buat dan rancang apa pun.

"Tanya seorang jemaah kursus haji kepada uz "kalau saya duduk di atas kaabah macam mana cara saya hendak tawaf"..Itu adalah jenis-jenis soalan yang tidak berasas. Jawab Uz,  kamu kena naik lah kaabah dulu. dah sampai atas kaabah kamu talipon lah saya nanti saya jawab. Kalau betul dia naik saya akan suruh dia turun semula."

"Ada juga murid tanya uz di tengah malam kalau saya pergi ke bulan macam mana saya nak solat" kata uz kalau di bumi pun kamu tidak solat macam mana kamu hendak solat di bulan. Kalau hendak solat tiada alasan tempat dan sebagainya. . Ada juga murid tanya 'Uz kalaulah saya masuk ke syurga adakah saya tidak akan sesat di syurga kerana keluasan syurga itu seluas langit dan bumi. Jawab ustaz kalau kamu sesat kamu tidak akan masuk ke syurga .Lalu ustaz membiarkan murid itu diam dengan  rasa tidak puas hati". Permainan akal itu nakal sedikit kerana ia hendak membunuh keyakinan.

Kata Ibnu Abbas "Kamu akan masuk ke syurga seperti kamu masuk rumah kamu sendiri". Mana ada orang yang sesat di dalam rumah mereka sendiri?

Kesimpulannya, untuk hal-hal dunia kita boleh gunakan akal. Tetapi kalau hal-hal agama dan hal akhirat kita kena guna wahyu (Alqur'an dan hadis). Kalau pengantin yang dah nikah kemudian mereka berjimak hukumnya halal, sunat dan dapat pahala. Kalau mereka berjimak sebelum atau tanpa nikah hukumnya haram dan berdosa. Yang membezakan adalah proses nikah. Walaupun kedua-dua perbuatan adalah sama dan dilakukan oleh orang yang sama tetapi kerana melanggar hukum yang diwahyukan maka hukumnya adalah berdosa. Kalau mempertikaikannya jatuhlah kafir.

.





 Amalan Ibadat dan akhlak, kedua-duanya perlu seiringan. Bagaimana hendak jadi sebaik-baik Manusia

Kuliah Subuh 30 Jun 2013 (Ahad)/21 Sya'aban 1434 H - Surau Nurul Iman: Ustaz Rahim Nasir

Kategori Manusia dan nilai-nilainya diibaratkan seperti kategori tanah, ada jenis tanah liat, tanah berpasir tanah yang berbukit dan sebagainya. Ada tanah yang boleh menakung air, ada yang boleh menumbuhkan pepohon tanaman, ada yang mendatangkan hasil kepada bumi dan sebagainya. Paling malang ialah tanah yang kering kontang dan tiada apa-apa hasil, serap air pun tidak; menakung air pun tidak. Begitulah juga dengan jenis manusia. Maka hindarkanlah diri dari menjadi manusia yang tidak mendatangkan manfaat kepada manusia lain. Hindarkan lah diri dari menjadi manusia yang merosakkan yang lain. Sabda Rasulullah s a w " Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat kepada orang lain. Untuk mendapatkannya kita wajiblah menuntut ilmu

Ibadah dan akhlak adalah berhububng kait. Apabila kedua-duanya digabungkan jadilah ia manusia yang hebat.  Allah juga memandang Muhammad (rasulNya) itu adalah kepada akhlaknya. Nabi juga bersabda " Aku adalah akhlak yang terbaik". Akhlak yanng baik ini akan memberatkan timbangan amal kita di akhirat kelak. Maka tiada sebaik amalan selain dari amal ibadah dan akhlak. Ramai di kalangan kita di mana amalan ibadahnya baik tetapi akhlaknya tidak baik. Bagaiman kisah seorang wanita yang kuat beribadat tetapi apabila mati Rasullullah berkata bahawa wanita tersebut menjadi ahli neraka. Apabila sahabat terkejut dan bertanya kata Rasulullah s a w , wanita tersebut telah menyiksa kucing peliharaannya. Itu bermakna walaupun ibadatnya kuat tetapi akhlaknya yang tidak baik telah menjerumuskannya ke neraka.

Ada juga akhlak yang membuatkan manusia dimasukkan ke syurga. Dari hadis, ada kisah seorang pelacur yang pulang dari melacur telah melihat seekor anjing kehausan lidah terjelir. Maka pelacur itu telah  mencarikan air untuk anjing tersebut dan memberinya minum dengan tulus ikhlas. Oleh kerana akhlak wanita tersebut, menurut hadis ia akan dimasukkan ke dalam syurga kerana penamat hidupnya adalah di dalam akhlak yang baik. (Kisah ini adalah untuk menunjukkan betapa pentingnya akhlak. Pelacuran tetap maksiat perbuatan yang haram, Barangsiapa yang menggunakan cerita ini sebagai dalil untuk membolehkan pelacuran mereka tetap ahli neraka)

Akhlak-akhlak anak-anak muda dan anak sekolah di zaman ini adalah pada tahap yang membimbangkan;  dengan kaki dadah, kaki rokok, kaki samun dan kaki rempit termasuk perhubungan sosial ("Couple") dan sebagainya yang berkaitan dengan keruntuhan akhlak. Persoalan akhlak adalah terlalu penting. Apabila Nabi kata perlu ada ilmu maka kita hendaklah mencari ilmu tersebut. Pergilah ke majlis-majlis ilmu/tazkirah/ceramah atau ke kelas-kelas agama kerana itu adalah taman-taman syurga. Kita bercuti beberapa hari untuk melawat tempat-tempat yang jauh untuk menyaksikan pemandangan dan taman-taman yang indah menyeronokkan dan memberi ketenangan,  sedangkan taman-taman syurga itu lebih indah dan menyeronokkan di dalam majlis ilmu dan majlis zikir.Kita letakkanlah dan lahirkanlah keseronokan di dalam ibadat dan rasakan keindahan taman syurga di dalamnya. Jiwailah keseronokan solat subuh secara berjamaah di masjid atau surau, di ketika orang lain sedang nyenak tidur. Bayangkan keistimewaan solat subuh yang ada do'a qunut. Bayangkan keseronokan solat subuh yang dikerjakan hanya dua rakaat dan do'a di baca waktu berdiri seperti wukuf di Arafah. Do'a qunut adalah dibaca untuk mendapat hidayah dan petunjuk.

Sempena ketibaan bulan Ramadhan yang tinggal 9 hari ini, amat sedih apabila menyaksikan masih banyak tempat-tempat yang  masih tidak mempromosikan bulan Ramadhan. Lahirkanlah keseronokan dengan bacaan-Al Qur'an disamping ibadah-ibadah yang lain. Cabaran dalam beribadah sentiasa ada pertembungannya, seperti berlaku pertembungan di antara tazkirah/ ceramah Ustaz Azhar Idrus dengan tilawah Al qur'an dan bertembung dengan perlawanan bolasepak akhir. Beruntunglah kepada sesiapa yang memilih ceramah dan majlis ilmu

Rasailah nikmat-nikmat solah dan nkmat-nikmat ibadat lain sehingga timbul rasa tidak sabar untuk menunggu solat subuh berjamaah atau waktu solat seterusnya. Rasailah kemanisan iman itu. Nilai gula itu adalah manis. Tidak dinamakan gula jika tidak manis. Apalah ertinya gula jika ia tidak manis. Iman itu adalah amat manis. Maka menjadi satu masalah kepada orang yang tidak merasakan manis di dalam iman. Hendak merasai manis iman kena ada ilmu.

Perbanyakkanlah amalan-amalan sunat menurut kadar kemampuan masing-masing di samping tidak meninggalkan tanggungjawab yang lain. Perlu juga mengambil contoh amal ibadat orang-lain yang hebat sebagai pencetus semangat tetapi jangan sampai kita penat dan putus asa kerana tidak terikut amalan mereka. Sedekah juga merupakan satu contoh amalan ibadat yang paling baik. Sebagi contoh cerita seorang ibu di Damansara, beliau tidak masuk ke majlis tazkirah. Beliau singgah di masjid yang ada majlis tazkirah dan memasukkan duit ke dalam keempat-empat tabung di masjid itu dan kembali ke dalam kereta serta berlalu. Mungkin beliau tidak dapat mendengar tazkirah kerana sibuk dengan urusan anak-anak atau sebagainya tetapi beliau sempat bersedekah. Maka sedekah itu sebenarnya adalah satu ibadah yang membawa kepada ketenangan. Ada seorang hamba Allah yang memilik rumah tiga (3) tingkat dengan pelbagai kemewahan di dalam rumah tersebut termasuk kolam renang. Malangnya dia tidak dapat tidur walau di mana juga ia meletakkan kepala di kawasan rumah tersebut kerana tiada ketenangan di dalam jiwanya. Perbanyakkanlah sedekah.

Ada satu contoh sebuah cerita di Shah Alam, terdapat seorang pemilik restoran  yang kaya telah mengupah seorang pembantunya. Jika pembantunya boleh mencari 50 orang yang terpilih untuk diberi makanan percuma pada hari itu maka akan mendapat upah gaji. 50 orang itu adalah di kalangan fakir miskin, anak yatim dan seumpamanya. Ini adalah satu dari kaedah untuk bersedekah. Kita boleh pilih apa-apa sahaja kaedah bersedekah untuk mendapat kemanisan dan ketenangan. Lebih banyak sedekah yang kita hulurkan, lebih banyaklah yang akan kita perolehi. Janji Allah tidak pernah bohong dan Allah tidak menipu. Yakinlah dengan janji-janji Allah. Kita kadang-kadang merasa hairan mengapa kepala otak kita berserabut sedangkan tiada sebarang masalah. Itu adalah kerana jiwa kita tidak tenteram lantaran kurang bersedekah. Maka perbanyakkanlah sedekah untuk mengubati jiwa yang tidak tenteram itu.


 HOME


No comments:

Post a Comment