Ustaz Yusof Toyip - Kemboja - Iktibar dan Insaf






Home

Ahad, 21 Julai 2013 , Malam 13 Ramadhan -  Surau Nurul Iman- Uz Yusof Toyip.

Semua manusia Allah ciptakan dengan ujian masing-masing mengikut martabat dan tahap. Ujian terhadap orang alim lebih hebat dari ujian Allah terhadap orang-orang kebanyakan. Allah ciptakan syurga juga tidak sama di antara seseorang dengan golongan yang lain. Sekecil-kecil dan serendah-serendah syurga itu  luasnya adalah 10 kali ganda dari keluasan dunia ini.

Kita bersyukur di Malaysia kerana  masih boleh menjalani kehidupan bulan ramadhan dengan sempurna. Lihatlah keadaaan di negara lain yang lebih susah. Kita puasa menahan lapar hanya pada bulan ramadhan tetapi mereka menahan lapar sepanjang tahun. Maka marilah bersama-sama menginsafi keadaan orang lain yang tiada makanan berterusan. Disamping itu perbanyakkanlah amal untuk mendekatkan diri dengan Allah.

Allah menurunkan Al Qur'an bukan hanya setakat sebagai cerita tetapi meliputi  keseluruhan panduan hidup manusia dan pengajaran. Seorang sahabat Rasulullah bernama Abu Talhah yang kaya mempunyai banyak kebun. Dia ada satu kebun yang amat disayanginya dinamakan Albirahan. Kemudian Rasulullah bacakan ayat dari Allah "Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu infaqkan sebahagian harta kamu". Maka Abu Talhah pun berjumpa Rasulullah dan menginfak kan kebun yang disayanginya itu.

Ada seorang sahabat yang kuat istiqamah mengerjakan solat 2 rakaat sebelum tidur semenjak dia mula masuk Islam sehinggalah dia berkahwin. Sehingga pada saat perkahwinannya apabila tiba malam pertama beliau telah meminta izin dari isterinya untuk solat 2 rakaat sebelum tidur terlebih dahulu sebagaimana biasanya dan si isteri membenarkan (bersetuju). Tiba-tiba beliau telah terlajak solat sehingga tiba waktu subuh.  Pada malam kedua perkhawinannya pula di meminta izin sekali lagi untuk solat 2 rakaat dan isterinya membenarkan, Lebih lewat dia terlajak beribadat sehingga qamat subuh berkumandang. Maka pada malam ketiganya isterinya membenarkan dengan nada yang merajuk dan kelewatan yang sama berulang.

Maka isterinya pergi berjumpa Rasulullah s a w . Rasulullah pun memanggil sahabat tersebut dan bertanya kenapa boleh jadi demikian. Dia menceritakan apabila dia mula solat 2 rakaat pada malam pertama perkahwinannya seorang bidadari dari syurga telah muncul dihadapannya dan bertanya siapakah yang lebih cantik, bidadari atau isterinya maka sahabat menjawab tentulah bidadari itu. Kata bidadari itu kalau demikian teruskan lah amalan solat 2 rakaat sebelum tidur. Dalam masa yang amat singkat itu apabila sadar tiba-tiba telahpun  masuk waktu subuh. Pada malam keduanya pula bidadari itu muncul lagi dengan membawa lebih ramai bidadari dan mengajukan soalan yang sama. begitulah malam ketiga.

Rasulullah s a w pun menegur sahabat tersebut bahawa bagindapun beribadat, berkeluarga dan bermasyarakat. Maka berpada-padalah beribadat dengan menyeimbangkan melaksanakan hak-hak kita yang lain. Nafsu terbahagi 4. 2 nafsu yang baik dan 2 yang tidak baik iaitu nafsu lawamah dan nafsu amarah perlu dihadapi.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mengumpul ganjaran. Allah mempromosikan Bulan Ramadhan dalam setahun untuk menjemput hambanya ke Syurga iaitu dengan mendatangkan bulan Ramadhan.

Pada bulan Ramadhan Allah memerintahkan Malaikat Ridwan membuka pintu syurga dan memerintahkan Malaikat Malik menutup pintu Neraka. Allah meminta Jibrail mencampakkan Iblis dan Syaitan ke dalam Laut . 1 Solat fardhu yang kita kerjakan di dalam bulan Ramadhan adalah menyamai 70 kali ganda.

Seorang sahabat Rasulullah bernama Saabiah (wanita) adalah seorang yang kuat beribadat sepanjang malam dan khatam Alqur'an. Dia juga berpuasa sepanjang tahun. Dia meminta Saidina Umar  mencarikan pasangan untuknya yang mempunyi ciri-ciri yang juga sama-sama kuat beribadat sepertinya. Apabila Umar memajukan persoalan tersebut di kalangan sahabat maka tidak ada seorangpun yang sanggup menjadi pasangan Saabiah. Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan bersetuju untuk berkahwin dengannya dengan syarat yang dikenakan.

Sebaik sahaja berkahwin Saabiah terkejut kerana suaminya itu tidak berbuat apa-apapun, baik solat sepanjang malam dan mengkhatamkan Alqur'an bahkan berpuasa berterusan. Dia menganggap suaminya itu telah berbohong dan seorang munafik.  Beliau berjumpa Umar dan mengadu sehingga sahabat (suaminya) itu dipanggil. Apabila ditanya mengapa beliau tidak menunaikan seperti yang disyaratkan oleh Saabiah, suaminya pun menjawab :  Rasulullah s a w pernah berkata bahawa barangsiapa mengerjakan Solat Isyak dan Subuh secara berjamaah maka sama seperti ia solat sepanjang malam. Barangsiapa dapat membaca Qulhu sebanyak 3 kali berturut-turut sama seeperti khatam AlQur'an. Barang siapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan kemudian 6 hari di bulan Syawal sama seperti puasa sepanjang tahun.

Maka umar pun kata lelaki (sahabat) itu betul . Saabiah mesti percaya dan dengar kata-kata dari Rasulullah s a w tersebut.

Disamping itu pada bulan Ramadhan kita kena banyak menunaikan hajat saudara kita. Kata Rasulullah barangsiapa menunaikan 1 hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan 70 hajatnya dan menambah pahala seperti iktikaf 10 tahun di masjid. Itu tidak termasuk berbuat baik kepada orang tua.


Nota : Ustaz Yusof Toyip merupakan muzir  sebuah sekolah tahfiz di Kemboja. Memiiki 170 orang anak murid  yang diberi makan dan yuran secara percuma. Mereka diminta untuk mendo'akan kesejahteraan mereka dan kepada pendermapenderma terlibat.


No comments:

Post a Comment