Ahad : 29 Julai 2012 – 9 Ramadhan 1413 H
Kuliah Subuh Surau Nurul
Iman A/U 3
Uz. Hambari Nurul
Salam (Indonesia) – Pelajar Sarjana UIA Gombak.
Tanda
orang-orang yang benar-benar beriman
ialah apabila ia menjaga solat subuh dan Isyak secara berjamaah.
Ia akan datang walaupun terpaksa
merangkak.
Setiap apa
yang dikurniakan kepada kita dan apa yang kita lakukan di dunia ini akan
ditanya di akhirat kelak, iaitu di hari yang tiada penolong kepada kita selain amalan-amalan kita di dunia ini sebagai
penolongnya. Mulut kita akan dikunci kerana mulut boleh menipu. Setiap tubuh
badan akan dapat berbicara dan jadi saksi tentang apa-apa sahaja yang
dilakukan.
Hati
merupakan enjin kepada tubuh badan kita .apabila elok enjin maka eloklah
kenderaan. Apabila elok hati maka elok
jugalah tubuh badan kita. Bersihkanlah hati dengan zikir, istighfar dan amalan2
soleh. Barulah boleh datang iman dan takwa.
Menurut
ulama’, hati terbahagi kepada 3:
Hati yang hidup – Hati yang sihat iaitu orang yang berbuat amalan soleh
dan menjaga dirinya dari perbuatan dosa dan maksiat.
Hati yang sakit – iaitu peringkat majoriti di kalangan manusia iaitu
orang-orang yang melakukan amalan soleh
tetapi masih juga melakukan perbuatan dosa, maksiat , jenayah dan kezaliman . Orang-orang ini adalah orang yang
rugi kerana apabila di akhirat, segala pahalamya- pahalanya akan dimakan oleh
dosa-dosanya sehingga dosanya melebihi amalan pahala. Akhirnya ia dimasukkan ke dalam neraka.
Hati yang mati – iaitu orang-orang kafir dan munafiq, orang-orang yang
telah disampaikan ajaran Alqur’an dan Islam kepadanya tetapi ia menolak dan mempersendakan Al Qur’an. Orang-orang ini kekal di dalam neraka.
Penawar
kepada hati yang sakit adalah:
1. Membaca al’ Qur’an dan
amalkan ajarannya. Fahamkan maknanya.
Jika tidak tahu bahasa arab maka baca terjemahan dan tafsirannya dan amalkan.
2. Banyakkan bangun malam
untuk solat tahajjud dan istighfar.
Sekurang-kurangnya lakukan solat tahajjud 2 rakaat kKerana hanya orang-orang
yang ikhlas akan sanggup bangun sepertiga malam.
3. Berpuasa sunat
lebih-lebih lagi puasa yang wajib.
4. Berkumpul dengan
orang-orang yang soleh iaitu apabila
kita dekat dengannya kita teringat untuk melakukan ibadat, membuat perkara-perkara
baik. Dalam ertikata lain apabila kita hampirinya atau dekat dengannya. Kita
teringat Allah.
5.
Bersedekah atau infaq. Harta yang betul dan harta yang
bermakna adalah harta yang dinfaqkan. Orang yang bersedekah kerana Allah adalah
yang memiliki hati yang baik. Apabila
kita berpendapatan RM2000 sebulan. Kita infaq/sedekah sebahagian gaji kita
sebanyak rm100. Maka yang tinggal adalah RM100 kerana baki sebanyak RM1900 itu
akan habis dan tidak memberi manfaat kecuali akan ditanya di akhirat kelak ke
mana kita belanjakannya.
No comments:
Post a Comment