Uz Ramli (Baitulmal Wilayah)- Lagi Keutamaan Solat Sunat Subuh dan Kaedah mentarbiah








31.5.2015 23 Ahad 13 Syaaban 1436H Surau Nurul Iman Keramat Wangsa
Uz Ramli - Baitulmal

Pentingnya solat sunat subuh - bilal perlu guna pendekatan terbaik untuk tunggu jemaah subuh. Kalau majoriti qariah jemaah kerja pagi mulalah qamat cepat. Kalau ramai warga pencen tunggulah dlm 15 minit agar semua dapat peluang solat sunat subuh.
Terlalu utama solat sunat subuh. Menurut hadis sahih , ia lebih baik dari dunia dan segala isi-isinya.

Dan solat 2 sunat  bagi solat fardhu yg lain jgn juga diabaikan.

Majoriti penerima zakat di Selangor tak solat
Ramai juga yg tidak pakai tudung ....

Kalau ditegur mereka Kata itu hak kami.

Kenapa perkara ini berlaku.

Menurut alquran...."Kerana tangan kamu sendiri" – ditujukan kepada pemerintah. Allah pun dah sebut dalam alquran.
Apabila harta rakyat  dicuri..Allah tarik harta dgn cara sedmikian...termasuk hilang duit berbilion.

Seorang budak sakit leiukimia tahap, tapi ia  4 hafal quran 20 juzuk...akhirnya sembuh
Lepas  tamat sek keb biasa beliau masuk tahfiz. Dapat bantuan zakat kerana kesempitan. Itu adalah contoh penerima zakat yang baik.

‘Ustaz Dahlan’ setiap kali  nak pergi mesjid akan tegur dan beri salam kepda seorang yg selalu cuci kereta berseluar  pendek yang  tidak pernah jejak mesjid bernama Hj Raudhin. Kdg2 Uz Dahlan memberinya goreng pisang.

Lama- lama Hj Raudhin berubah menjadi lebih baik.  Skrg beliau kuat ke mesjid dan merupakan  penyumbang terbesar dalam qariahnya dan merupakan penaja program berkaitan hudud baru-baru ni.

Jangan lawan perintah dan ayat-ayat Allah.
Akibat lawan ayat Allah..tak dengar ilmu Allah...tak nak dgr tazkirah... Tak dgr kuliah...tak nak mengaji...hidup di dunia akan serba serbi  susah , manakala  di akhirat akan dibutakan matanya.
Di dunia anak tidak  dgr agama, tak solat dan  rezeki sempit....




No comments:

Post a Comment