Saturday, June 22, 2013

Tinta Jilid 2 - Ustaz Sobri Mat




Kuliah Maghrib Surau Nurul Iman - Ustaz Sobri Mat -22 Jun 2013


Orang-orang yang beriman jika mendengar azan subuh akan bersegera menyahut seruan azan dengan mengerjakan solat subuh berjemaah di masjid atau surau. Boleh juga berjemaah bersama anak isteri di rumah.

Di dalam kitab Tanbilul Ghafilin ada mengatakan tentang kelebihan muazzin. Muazzin dipanggil bilal kerana sempena nama Bilal bin Rabah tukang Azan di zaman Rasulullah s a w di mana sebelum Islam berkuasa di Mekah, Bilal yang masih menjadi hamba orang Quraisy telah disiksa supaya kembali ke agama asal oleh tuannya.

Tetapi ada satu tempat di Lembah Kelang ini, muazzin yang mengumumkan majlis kuliah sendiri tidak datang ke majlis tazkirah. Ini amat menyedihkan. 

Di Madinah, apabila berkumandang sahaja azan maka peniaga-peniaga berpusu-pusu meninggalkan kedai untuk menunaikan solat di masjid. Mereka yang beriman ini apabila dibacakan ayat-ayat Allah akan bertambah iman mereka kepada Allah. Maka apabila kita dibacakan ayat-ayat Allah dan tidak bertambah iman kita, bukanlah dari kalangan orang-orang beriman.

Tanda-tanda orang beriman itu juga adalah bertawakkal dan menyerah diri kepada Allah. Mereka akan mendirikan solat walau di dalam apa keadaan juapun. Mereka menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah.

Ramai pelajar Malaysia yang mengaji di negara Arab tidak dapat balik ke Malaysia kerana tiada wang. Mereka mengirim pesan kepada rakan-rakan mereka yang mampu supaya kita kirim wang kepada mereka. Sesungguhnya mereka itu adalah golongan Ibnu Sabil, iaitu orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan mereka layak serta berhak mendapat zakat. (Pengagihan zakat di Malaysia perlu mengambil berat kerana mereka akan mendidik anak cucu dan generasi masa depan negara ini)

Orang-orang yang disebutkan di atas, Allah akan angkat darjat mereka di akhirat dan didatangkan rezeki kepada mereka di dunia. Maka Iman mereka ini tetap di dada mereka. Sahabat Rasulullah s a w terdahulu dari kita disiksa dengan pelbagai cara. Bayangkan kalau besi dijemur di tengah panas, apabila kita pegang besi tersebut tangan kita akan melecur. Bilal bin Rabah seorang hamba yang telah beriman dengan Allah telah di buka bajunya, dibaringkan di tengah panas dan dihempap dengan batu besar agar kembali kepada agama asal, namun Bilal tetap dengan iman dan menyebut Ahad, Ahad, Ahad yang bermaksud Allah yang Esa.

Orang-orang yang tidak beriman, jika berlaku kesusahan yang amat dashyat kepada mereka barulah mereka ingat kepada Allah. Kadang-kadang mereka sempat bertaubat dan kadang-kadang tidak sempat dan mati dalam kekafiran. Maka fitrah manusia ini memang berhajat kepada Allah. Allah perintah manusia supaya menyembah Tuhan dan menganut agama yang betul iaitu Allah dan Islam. Hanya Islamlah agama yang diterima oleh Allah.

Anak yang baru lahir itu adalah di dalam keadaan putih. (Guru saya berkata bahawa putih di sini bermaksud Islam). Maka ikut mak dan bapak merekalah sama ada mereka ini beriman atau tidak. Maka adalah kewajipan setiap orang untuk mengaji pelajaran dan ilmu Islam supaya hati sentiasa mengadap kepada Allah (Islam) dan tidak berpaling kepada agama lain. Allah menegah manusia daripada menyengutukan Allah. allah itu Esa dan tidak bersekutu dengan tuhan yang lain. Dia tidak serupa dengan yang lain.

Allah Subhanawata'ala juga melarang berpecah belah di dalam agama. Kata Nabi Muhammad s a w diakhir zaman akan berpecah umat kepada 73 pecahan golongan. Maka kita harus kembali kepada Ijtihad ulama-ulama pemegang mazhab yang muktabar iaitu Imam Syafi'e, Imam Maliki, Imam Hanbali dan Imam Hanafi. Mereka yang 4 inilah  sahaja Tonggak Ahli Sunnah Wal Jamaah.  Ahli Sunnah Wal Jamaah sahajalah golongan Islam yang diterima oleh Allah. Jagalah generasi anak cucu kita supaya tetap  kepada golongan yang benar iaitu Ahli Sunah Wal Jamaah.

Selingan:

Mohon bantuan kepada sekolah Maahad Tahfiz yang terbakar di mana seorang pelajar tahfis telah terkorban di dalam kebakaran. Murid yang maut ini selalu bangun paling awal dan awal sampai waktu subuh ke masjid. Tetapi pada hari itu dia yang paling akhir keluar dari asrama untuk ke mesjid. Lantai yang dipijaknya runtuh dan dia jatuh tepat ke dalam unggun api. Cuma apabila dibedah siasat doktor berasa kehairanan kerana otaknya tidak terbakar. Almari kayunya dan segala pakaiannya, buku-buku dan kitab-kitabnya di dalam almari juga tidak terbakar sedangkan almarinya adalah almari kayu tidak seperti almari rakan-rakan lain yang diperbuat dari besi. Maka ustaz Sobri adalah wakil kepada Ustaz Mazlan. (tidak sempat untuk mendapatkan no akaun)




Tinta Selera dari FB:


Resepi lasagna mudah.
Oleh:Khalida Kharudin

Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus. Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili.

Selamat mencuba! 

No comments:

Post a Comment